skip intro

Thursday, October 25, 2007

Java Script

JavaScript

JavaScript adalah nama milik Syarikat Komunikasi Netscape dan sekarang adalah pelaksanaan berpiawai ECMAScript untuk Pertubuhan Mozilla. Bahasa ini amat popular kerana terdapat banyak penggunaannya pada laman-laman web (sebagai JavaScript pihak pelanggan).



Ramai yang beranggapan bahawa JavaScript adalah "Java yang ditafsir" walaupun pada hakikatnya tidak sebegitu. Malah, walaupun namanya serupa, kaitan antara JavaScript dengan Java adalah jauh sekali. Sintaksis JavaScript diilhamkan dari Java dan C untuk memudahkan pengguna baru mempelajarinya.

[sunting] Sejarah

Pada asalnya, pembangunan JavaScript diusahakan oleh Brendan Eich di bawah nama Mocha, kemudiannya ditukar kepada LiveScript, dan akhirnya ditukar kepada JavaScript. Perubahan nama dari LiveScript ke JavaScript adalah berkebetulan dengan langkah Netscape menambah sokongan teknologi Java di pelayar web Netscape Navigator keluarannya. JavaScript mula diperkenalkan dan dipasang di pelayar Netscape versi 2.0B3 pada Disember 1995.

Pada tahun 2006, versi terakhir bagi JavaScript ialah 1.7.

Keterangan lebih lanjut baca di link ini Wikipedia Bahasa Melayu,Ensiklopedia Bebas.

No comments:

CLOCK

clock in Cairo Clock in Indonesia

Template Design | Ur13 2007